Kurang setahun sejak pengenalannya kepada dunia, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. kini memperkenalkan model kebanggaan Nissan, Nissan 370Z ke pasaran tempatan.
PENGARAH Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM), Datuk Dr. Ang Bon Bang menyimpan satu rasa sentimental yang cukup tinggi terhadap model sport keluaran Nissan ini. Sebabnya, pada tahun 1960, Ang yang ketika itu seorang jurujual kenderaan Nissan berjaya menjual model sport 240Z yang pertama.
Sejak itu, memiliki jentera berkuasa tinggi siri Z menjadi impian semua peminat tegarnya. Biarpun tiada satu pun model daripada variannya dibawa masuk bermula dari tahun 1970 hingga 2003, popularitinya tidak pernah luntur.
Memahami masih wujud keghairahan terhadap model Z, pihak ETCM mengambil keputusan untuk kembali membawa masuk jentera tersebut pada 2004. Menjadi antara model pilihan para drifter, dalam tempoh lima tahun (sehingga 2009), sebanyak 11 unit 350Z Coupe telah terjual.
Saya tidak berkesempatan untuk memandu uji 350Z Coupe. Lebih membuatkan saya berasa sayu ialah apabila mendapat tahu dua orang rakan telah dijemput ke Jepun untuk memandu uji model terbarunya, 370Z. Namun, perasaan itu sedikit terubat apabila pada majlis pelancaran 370Z dan Nissan Murano baru-baru ini, pihak ETCM memberitahu bahawa mereka ada menyediakan kedua-dua unit tersebut untuk dipandu uji.
Untuk makluman, 370Z dikenali sebagai Fairlady Z di Jepun. Tidak dapat dinafikan bahawa generasi keenam itu sememangnya antara model yang menjadi indikator kepada kemajuan teknologi automotif Nissan.
Menjangkau usia 40 tahun, model Z sememangnya sudah menjadi ikon para peminat jentera berkuasa tinggi di seluruh dunia. Ini terbukti apabila
1.7 juta unit telah terjual sejak generasi pertamanya, model S30 membuat debut pada tahun 1969.
Justeru, penampilan Nissan 370Z serba baru itu meneruskan falsafah reka bentuk, prestasi, inovasi teknikal dan pengendalian yang optimum. Model itu juga dikatakan dibina daripada ciri-ciri terbaik yang diambil daripada generasi pertama dan terakhir model Z.
REKA bentuk luaran jentera ini tidak menerima perubahan yang terlalu ketara.



0 ulasan:
Catat Ulasan